..::>>EDU 3105<<::…

Teknologi Dalam Pendidikan, Variasikan Kaedah, Menjana Kemahiran Kognitif

Bab 9 : Bahan Audio

September 2, 2011 by · No Comments · Uncategorized

Bahan Audio

 

  • Penggunaan peralatan audio
  • Perancangan dan penyediaan rakaman
  • Rakaman
  • Suntingan

Bab 8 : OHP dan Transparensi

September 2, 2011 by · No Comments · Uncategorized

OHP dan Transparensi

 

  • Bahagian-bahagian dan fungsi OHP
  • Pengendalian OHP
  • Kelebihan dan kelemahan penggunaan OHP
  • Jenis-jenis transparensi
  • Teknik penyediaan dan persembahan transparensi

Bab 7 : Asas Fotografi

September 2, 2011 by · No Comments · Uncategorized

Asas Fotografi

 

  • Sejarah perkembangan fotografi
  • Bahagian-bahagian asas dan fungsi kamera
  • Jenis-jenis dan aksesori kamera
  • Jenis-jenis filem
  • Teknik penggambaran
  • Komposisi
  • Fotografi digital

Bab 6: Penggunaan Bahan-bahan 2 Dimensi dan 3 Dimensi

September 2, 2011 by · No Comments · Uncategorized

Penggunaan Bahan-bahan 2 Dimensi dan 3 Dimensi

 

  • Pengertian bahan 2D dan 3D
  • Jenis-jenis bahan seperti carta, graf, realia, boneka,
  • diorama

Bab 5 : Asas Grafik

September 2, 2011 by · No Comments · Uncategorized

Asas Grafik

 

  • Prinsip
  • Reka bentuk visual
  • Peralatan penghasilan grafik

Bab 4 : Perancangan, Penghasilan dan Penilaian Media Pengajaran

September 2, 2011 by · No Comments · Uncategorized

Perancangan, Pemilihan, Penghasilan dan Penilaian Media Pengajaran

 

  • Model ASSURE

Bab 3: Media Pengajaran

September 2, 2011 by · No Comments · Uncategorized

Media Pengajaran

♣ Konsep ♣

Menurut Yusuf Hashim (1992), media pengajaran ialah peralatan atau perkakasan dan bahan media yang dikenal pasti, dibina atau dipinda untuk menyokong atau mengendalikan sendiri proses pengajaran dan pembelajaran.

♣ Fungsi media dalam pengajaran dan pembelajaran ♣

  1. Pembelajaran Arahan Guru
  2. Pembelajaran Arahan Murid
  3. Folio Bermedia
  4. Pengarah Tematik
  5. Pendidikan Jarak Jauh
  6. Pendidikan Pelajar Istimewa

♣ Jenis-jenis dan klasifikasi media ♣

Klasifikasikan Media

  1. Perkataan yang diucapkan
  2. Bunyi selain daripada perkataan yang diucapkan
  3. Perkataan bercetak
  4. Gambar pegun
  5. Gambar bergerak
  6. Sampel sebenar

 

Bab 2 : Reka Bentuk Pengajaran

September 2, 2011 by · No Comments · Uncategorized

Reka bentuk Pengajaran

♣  Pengertian ♣

Reka bentuk pengajaran boleh dikaitkan dengan pembinaan pengajaran. Konsep reka bentuk pengajaran sebagai satu proses untuk membina bahan pengajaran dan bahan multimedia.

Reka bentuk pengajaran ialah satu proses untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran yang dilakukan sescara sistematik dan terancang  Dick dan Reiser (1988)

Enam perkara asas dalam model Reka Bentuk Pengajaran

  1. Menentukan keperluan murid
  2. Menentukan matlamat dan objektif
  3. Membina prosedur penilaian
  4. Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian
  5. Mencuba sistem pengajaran
  6. Menilai keseluruhan sistem

♥ Proses Reka Bentuk Pengajaran ♥

Reka bentuk

Pembinaan

Penilaian

Penggunaan

Reka bentuk pengajaran ini boleh dikatakan sebagai satu proses yang sangat sistematik. Sesebuah p engajaran memerlukan satu perancangan yang tersusun bagi memastikan keberkesanan penyampaian dan penerimaan pembelajaran. Bersesuaian dengan situasi di sekolah-sekolah zaman sekarang, model ini amat wajar dilaksanakan.

♣ Peranan dan Kepentingan ♣

Menurut Norasiah (2010), dalam buku Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat peranan dan kepentingan dalam reka bentuk pengajaran. Berikut merupakan peranan dan kepentingan reka bentuk pengajaran.

Peranan

  1. Meningkatkan Profession Perguruan
  2. Kefahaman Keperluan
  3. Penyelesaian Masalah
  4. Fokus pengajaran

Kepentingan

  1. Reka bentuk pengajaran dapat membantu proses pembelajaran murid secara individu,kumpulan kecil dan kumpulan besar.
  2. Membantu guru memuat persediaan tentang topik, kaedah, aktiviti, bahan dan keperluan murid.
  3. Membantu guru membuat persediaan yang dapat disesuaikan dengan topik dan latar belakang murid dalam proses pengajaran dan pembelajan.
  4. Pembelajatan murid akan  lebih menarik dan menyeronokkan.

 

♣ Model-model reka bentuk pengajaran seperti ADDIE dan ASSURE ♣

Gustasfon (1991), telah membahagikan model-model kepada tiga skala iaitu:

  1. Model yang berorientasikan bilik darjah
  2. Model berorientasikan produk
  3. Model berorientasikan sistem

Antara model yang berorientasikan bilik darjah

  • Model Assure
  • Model Dick dan Reisser

Antara model yang berorientasikan produk

  • Model Leshin, Pollock dan Reigeluth (1990)

Antara model yang ebrorientasikan sistem

  • Model Dick dan Carey (1979)

 

♣ Reka bentuk mesej ♣

Reka bentuk masej merupakan cara seseorang pendidik menyalurkan maklumat melalui masej berbentuk audio visual yang boleh menarik perhatian murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Masej adalah maklumat, fakta, konsep, kemahiran dan nilai yang diberikan oleh guru kepada murid. Masej boleh diberikan melalui pelbagai cara dan dipermudahkan dengan menggunakan pelbagai peralatan. Masej boleh disampaikan kepada murid oleh dua perantara iaitu guru atau media.

Proses Penyampaian Mesej

Guru→medium,masej→murid

 

Bab 1 : Teknologi Pendidikan

September 2, 2011 by · No Comments · Uncategorized

  • Konsep

“Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa
yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan”

(Crowell (1971):Encyclopedia of education)

“Teknologi dalam pendidikan ialah penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam
keperluan latihan, yang meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan
persekitaran setakat mana ianya menimbulakn pembelajaran”

(Uhwin Derek (1976): Applying Educational Technology)

Kesimpulan: Teknologi pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan
bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan
kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran.

Prinsip-prinsip

  1. Ia hanya merupakan sebagai bahan bantu mengajar dan tidak boleh digunakan untuk menggantikan pengajaran. Ia digunakan untuk menggantikan pengajaran. Ia digunakan untuk membantu guru mengajar sesuatu topik dengan lebih berkesan.
  2. Ia mesti digunakan untuk pengajaran dan bukan untuk hiburan dan membuang masa.
  3. Penggunaannya mesti dirancang dalam tiga peringkat iaitu:
  4. Sebelum kenaan – merancangmasa dan cara bagaimana mengaitkannya dengan topik pengajaran.
    Semasa kegunaan – merancang ulasan dan penekanan aspek-aspek penting yang dapat membantu pembelajaran.
    Selepas kegunaan – merancang aktiviti lanjutan seperti soalan-soalan, kesimpulan dan
    penilaian.
  5. Ia mesti dipilih berdasarkan kesuaiannya dari segi topik dan objektif pelajaran, latar belakang pelajar, saiz kelas dan keadaan fizikal bilik darjah.
  6. Ia mesti digunakan untuk mencapai sesuatu objektif pelajaran dan peringkat perkembangan pelajaran itu sama ada:
    - pengenalan topik
    - perkembangan pelajaran iaitu penerangan konsep
    - penutup dan kesimpulan -Topik pelajaran
    - penilaian kefahaman terhadap topik
  7. Digunakan mengikut masa yang sesuai iaitu masa yang dapat merangsang
    pembelajaran
  8. Digunakan dengan merujuk kepadanya dan bukan sekadar untuk menunjuk-nunjuk
    sahaja.
  9. Selepas digunakan tanggalkan atau ubah supaya tidak mengganggu pelajar
    belajar seterusnya.
  10. Setelah tamat sesi pengajaran, pamerkan untuk rujukan kelas di papan buletin
    kelas.

Peranan dan kepentingan Teknologi Pendidikan dalam pengajaran-pembelajaran

  1. Melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana berfokuskan kepada
    isi-isi penting kepada topik yang akan disampaikan.
  2. Menjimatkan masa, tenaga dan wang.
  3. Mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat pelajar. Ia juga
    boleh menghiburkan pelajar.
  4. Mengelakkan berlakunya tidak faham atau salah tafsir terhadap konsep melalui
    deria melihat, mendengar atau menyentuh.
  5. Membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir kerana ia memberi sesuatu
    gambaran yang menyeluruh dan jelas sesuatu konsep dan kaitannya dengan kehidupan
    seharian.
  6. Melibatkan pelbagai deria pelajar. Cth: penggunaan visual yang diikuti oleh
    audio akan melibatkan deria lihat dan dengar dan mungkin deria sentuh.
    Penglibatan deria ini akan meningkatkan daya ingatan pelajar.
  7. Memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar.
  8. Membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan
    masa yang minimum.
  9. Memperkayakan pengalaman pelajar. Cth: media bergerak boleh memperkayakan
    pengalaman murid. Kejadian yang tidak pernah mereka lihat atau alami akan dapat
    mereka saksikan sendiri dan ini menjadikan mereka seoalah-olah mereka
    mengalaminya.

 

Sumber Rujukan : http://www.educ.upm.edu.my/~rj/5.html

Pengenalan

September 2, 2011 by · No Comments · Uncategorized

Pada era dunia tanpa sempadan kini, maklumat berada di hujung jari. Terpulang kepada individu tersebut untuk mengaplikasikannya dengan apa cara sekalipun. Teknologi merupakan satu konsep yang sangat luas yang mempunyai lebih daripada satu takrifan. Antaranya, pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia dan pemudah cara.

Teknologi sememangnya telah wujud sejak zaman ketamadunan manusia. Bergerak mengikut pengedaran zaman. Semakin hari manusia semakin kreatif. Dengan itu, wujudlah pelbagai alatan dan bahan yang menjadikan kehidupan manusia menjadi lebih mudah dan selesa.

Selain itu, teknologi juga telah diperkenalkan dan diperluaskan penggunaannya dalam bidang pendidikan. Integrasi teknologi dan ICT dalam pendidikan telah diperkenalkan sejajar dengan status negara maju menuju wawasan 2020 yang telah diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir.  Tiada lagi istilah buat IT diungkapkan dalam kalangan penduduk Malaysia. Sebuah rumah sebuah komputer sudah lama diaplikasikan.

Para pendidik tidak boleh memandang remeh terhadap bidang teknologi ini. Penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran mampu memberi impak yang besar kepada anak didik. Alat dan bahan media dapat membantu guru dalam mencapai objektif  pembelajaran yang berkesan.

Tambahan itu, penggunaan teknologi oleh pendidik sangat mempengaruhi hasil pengajaran dan pembelajaran yang menarik yang berkesan. Sekiranya guru masih dalam keadaan zon yang agak selesa tidak mahu mencuba sesuatu kelainan dan perubahan, ia merupakan sesuatu perkara yang sangat merugikan. Umpamanya seseorang yang mempunyai kenderaan yang mewah tetapi tidak mempunyai lesen. Namun begitu perlu diingatkan, walaupun tiada lesen sipulan masih mampu membawa kenderaan tersebut melalui cara mengambil lesen. Begitu juga dengan para guru, jangan takut untuk mengcuba sesuatu yang baru. Guru yang inovatif dan kreatif mampu mengubah corak pendidikan ne