..::>>EDU 3105<<::…

Teknologi Dalam Pendidikan, Variasikan Kaedah, Menjana Kemahiran Kognitif

Bab 2 : Reka Bentuk Pengajaran

September 2, 2011 by Fatimah Nazeri · No Comments · Uncategorized

Reka bentuk Pengajaran

♣  Pengertian ♣

Reka bentuk pengajaran boleh dikaitkan dengan pembinaan pengajaran. Konsep reka bentuk pengajaran sebagai satu proses untuk membina bahan pengajaran dan bahan multimedia.

Reka bentuk pengajaran ialah satu proses untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran yang dilakukan sescara sistematik dan terancang  Dick dan Reiser (1988)

Enam perkara asas dalam model Reka Bentuk Pengajaran

  1. Menentukan keperluan murid
  2. Menentukan matlamat dan objektif
  3. Membina prosedur penilaian
  4. Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian
  5. Mencuba sistem pengajaran
  6. Menilai keseluruhan sistem

♥ Proses Reka Bentuk Pengajaran ♥

Reka bentuk

Pembinaan

Penilaian

Penggunaan

Reka bentuk pengajaran ini boleh dikatakan sebagai satu proses yang sangat sistematik. Sesebuah p engajaran memerlukan satu perancangan yang tersusun bagi memastikan keberkesanan penyampaian dan penerimaan pembelajaran. Bersesuaian dengan situasi di sekolah-sekolah zaman sekarang, model ini amat wajar dilaksanakan.

♣ Peranan dan Kepentingan ♣

Menurut Norasiah (2010), dalam buku Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat peranan dan kepentingan dalam reka bentuk pengajaran. Berikut merupakan peranan dan kepentingan reka bentuk pengajaran.

Peranan

  1. Meningkatkan Profession Perguruan
  2. Kefahaman Keperluan
  3. Penyelesaian Masalah
  4. Fokus pengajaran

Kepentingan

  1. Reka bentuk pengajaran dapat membantu proses pembelajaran murid secara individu,kumpulan kecil dan kumpulan besar.
  2. Membantu guru memuat persediaan tentang topik, kaedah, aktiviti, bahan dan keperluan murid.
  3. Membantu guru membuat persediaan yang dapat disesuaikan dengan topik dan latar belakang murid dalam proses pengajaran dan pembelajan.
  4. Pembelajatan murid akan  lebih menarik dan menyeronokkan.

 

♣ Model-model reka bentuk pengajaran seperti ADDIE dan ASSURE ♣

Gustasfon (1991), telah membahagikan model-model kepada tiga skala iaitu:

  1. Model yang berorientasikan bilik darjah
  2. Model berorientasikan produk
  3. Model berorientasikan sistem

Antara model yang berorientasikan bilik darjah

  • Model Assure
  • Model Dick dan Reisser

Antara model yang berorientasikan produk

  • Model Leshin, Pollock dan Reigeluth (1990)

Antara model yang ebrorientasikan sistem

  • Model Dick dan Carey (1979)

 

♣ Reka bentuk mesej ♣

Reka bentuk masej merupakan cara seseorang pendidik menyalurkan maklumat melalui masej berbentuk audio visual yang boleh menarik perhatian murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Masej adalah maklumat, fakta, konsep, kemahiran dan nilai yang diberikan oleh guru kepada murid. Masej boleh diberikan melalui pelbagai cara dan dipermudahkan dengan menggunakan pelbagai peralatan. Masej boleh disampaikan kepada murid oleh dua perantara iaitu guru atau media.

Proses Penyampaian Mesej

Guru→medium,masej→murid

 

No Comments so far ↓

There are no comments yet...Kick things off by filling out the form below.

Leave a Comment